Skolah ni macam MNA eyK???
Sunday, 17 March 2013 @ 20:18



VISI
SMKA(P) AlMashoor menjadi sekolah gemilang di Pulau Pinang menjelang tahun 2010.

MISI    
Memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar SMKA(P) AlMashoor berteraskan pengurusan yang telus demi melahirkan insan gemilang dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum dengan komitmen komuniti bagi memenuhi aspirasi negara.

MOTO    
Beriman, Berilmu & Beramal

SLOGAN
Ke arah kecemerlangan ilmu dan kesempurnaan akhlak

PIAGAM PELANGGAN  
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) AlMshoor akan memberikan perkhidmatan dan pendidikan yang cemerlang dalam merealisasikan falsafah pendidikan yang selaras dengan hasrat untuk melahirkan insan yang beriman, berilmu dan beramal berteraskan al-quran dan al-sunnah dengan mengamalkan budaya kerja seperti berikut :  
•  Amanah dan cekap dalam melaksanakan segala tugas yang dipertanggungjawabkan.
•  Lancar dan rasional dalam mengambil sebarang tindakan.
•  Mesra, prihatin dan sentiasa menunjukan sikap kasih sayang dalam perlakuan.
 •  Akhlak yang mulia dan budi perkerti yang luhur.
 •  Sedia menerima perubahan untuk kemajuan sekolah.
 •  Hubungan yang baik sesama insan melalui kepimpinan yang dinamik dan dedikasi.
 •  Optimistik dalam menghasilkan pelajar yang berpotensi melanjutkan pelajaran.
 •  Orentasi ke arah pemupukan dan perkembangan bakat demi mencapai kejayaan dalam bidang kokurikulum.
 •  Rela berbakti untuk melahirkan anak didik yang berjasa pada agama, bangsa dan negara.